Search blog.ca

  • http://www.gemaislam.net

    Gerbang ini dibangunkan oleh Sekretariat Gerbang Maya Pendidikan Islam (GEMA ISLAM) Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka dalam memartabatkan Pendidikan Islam.

    Gerbang ini diharapkan menjadi Pusat Sehenti kepada pencinta ilmu pengetahuan dalam mencari maklumat dan sumber rujukan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

    Melalui Laman Web ini, anda boleh memuatturun:
    sumber-sumber pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Bahan Multimedia, Video Contoh P&P dan banyak lagi.

    Pihak GEMA terhutang budi kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan blog terutamanya Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, kerana memberi kerjasama dalam membekalkan bahan-bahan kurikulum yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh negara.

  • KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK DALAM ISLAM

     Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan bahawa manusia tidak dapat memisahkan diri mereka daripada akhlak
     Oleh itu kedengaran orang memperkatakan tentang nilai, etika, moral, budi, susila.
     Dalam pelbagai agama aspek akhlak begitu menonjol- sehingga ada agama yang membuat kaitan antara moral manusia dengan kehidupan manusia selepas mati
     Mengapa? Ia Ibarat senjata yang boleh memberikan manfaat dan keburukan kepada manusia. Ia menjadi sendi yang mengukuh hubungan, menjamin keselamatan, membuahkan kebahagiaan dan sebaliknya

    KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

    • Menduduki tempat utama dalam Islam. Ia boleh dilihat daripada beberapa perspektif:
    • akhlak diasisosiasi dengan Islam sehingga terdapat dalil yang mensinonimkan Islam dengan akhlak:
    • Perkataan “rahmah” ditaksirkan dengan makna akhlak yang mulia (Ibn `Abbas)
    • “Al-Din (Islam) ialah akhlak yang baik.
    • “al-Islam itu ialah akhlak yang baik”
    • “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah orang yang paling baik agamanya”

    • Membentuk tiga serangkai: Iman, Islam dan Akhlak = Ihsan.
    • Akhlak adalah hasil daripada kewujudan keIslaman, yakni hasil pohon Islam dan buah iman (Hadis)
    • Ihsan- membuat baik dan Ahsan- perbuatan baik
    • Perbuatan baik ialah setiap perbuatan yang
    • Meninggi dan mengangkat taraf manusia
    • Mendidik jiwa manusia ke arah yang baik
    • Mendekatkan diri manusia kepada penciptanya
    • Oleh itu, akhlak adalah pengisi nilai dan pengindah binaan Islam

     Menjadi matlamat agama/syariat
     Setiap amalan syariat bermatlamatkan kebaikan dan memberikan manfaat kepada individu, masyarakat dan alam.
     Ia meliputi aspek aspek Iman (kepercayaan) dan Islam (aspek amalan)
     Manfaat dan kebaikan tersebut akan tercapai apabila akhlak yang mulia itu menjadi jati diri.
     Malah perintah dan galakan dengan gandaan pahala dinyatakan oleh Allah secara jelas di dalam al-Quran
     Menjadi matlamat pengutusan Rasul
     Pengutusan nabi dan rasul dihubungkan dengan akhlak.
     “sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”
     Orang mukminin yang paling sempurna ialah orang yang paling baik akhlaknya
     Sanjungan Allah kepada Nabi atas kemuliaan akhlak
     Sesunguhnya Engkau(Muhammad) adalah atas akhlak yang mulia
     “Adalah akhlaknya (Muhammad) itu al-Quran”

    Kepentingan Akhlak Dalam Islam

     Nilai Setiap Muslim di hadapan Allah adalah pada akhlaknya
     Penciptaan manusia hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah
     Surah al-Ikhlas
     Allah menuntut ibadah yang ikhlas
     Kemuliaan manusia yang bertaqwa mengatasi individu lain

     Syarat Mutlak Kejayaan Manusia di Akhirat
     Setipa yang dilakukan oleh manusia akan dinilai periksa di akhirat
     Manusia yang hanya menyerahkan dirinya kepada Allah, menjadi hamba yang ikhlas, menghayati akhlak yang mulia akan mendapat kejayaan di akhirat

     Keperluan Untuk Kebahagiaan Manusia di Dunia
     Individu- ia akan memperolehi ketenangan
     Masyarakat- akan mendapat kedamaian dan ketenteraman
     Ketamadunan- dapat menjamin survival Peradaban & Tamadun Manusia
     Alam- mendapat faedah dan manusia mendapat manfaat

  • http://e-taalim.jais.gov.my

    Selamat Datang ke Portal Pendidikan Islam E-Taalim. Portal ini merupakan sumber rasmi maklumat berkaitan pendidikan yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan JAIS. Sebagai salah satu rujukan berpusat oleh kelompok guru-guru dan murid-murid, pihak portal pendidikan ini sedang mengemaskini isi kandungan di dalam portal ini supaya lebih padat dengan ilmu, maklumat dan sumber rujukan kepada umat Islam di Malaysia

    Isi kandungan E-Taalim:

    Kandungan utama portal ini terbahagi kepada TIGA Seksyen . Iaitu Bilik Guru, Bilik Darjah dan Bilik Pelawat. Di antara isikandungan di dalam setiap seksyen pula adalah seperti berikut.
    Bilik Guru:

    * Bahan Kurikulum seperti sukatan pelajaran,huraian sukatan,tajuk kecil,buku panduan mengajar dll.
    * Bahan PnP seperti bahan powerpoint, slide, carta ,cd, vcd dll.
    * Pekeliling dari Jabatan dan Kementerian berkaitan ikhtisas dan pendidikan.

    Bilik Darjah:

    * Motivasi berkaitan cara belajar dan rahsia kejayaan.
    * Doa-doa yang boleh diamalkan oleh pelajar bagi membantu ke arah kejayaan.
    * Panduan Fardhu Ain
    * Contoh-contoh soalan.

    Bilik Pelawat:

    * Maklumat berkaitan pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta bidang-bidang pengajian yang disediakan.
    * Buku Teks SRA dan SMA.
    * Perpustakaan Digital merupakan capaian ke laman-laman web pendidikan.
    * Artikel berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Selangor dan di Malaysia.

  • http://pendislami.tripod.com/

    Laman ini disediakan khusus untuk panduan 'guru-guru Pendidikan Islam' . Dalam web ini, ada diberi penerangan dan panduan mengenai profesion pendidikan yang mengkhusus pada Pendidikan Islam yang merangkumi konsep, metodologi, kandungan kursus serta beberapa rencana pilihan yang berkaitan dengan pendidikan Islam.

    Maka, panduan ini dapat membantu guru-guru mahupun siswazah-siswazah yang mengikuti program Pendidikan Islam dan Pendidikan Akidah yang menjadikan profesion perguruan sebagai satu ’method’ atau sebagai satu medan untuk menjadi ’daei’ agama Allah.

  • http://www.geocities. /com/pendislam

    Laman Web Pendidikan Islam ini dikelola oleh Urusetia Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Laman ini diwujudkan untuk memberi seberapa banyak maklumat berkaitan Pendidikan Islam. Laman ini dibahagikan kepada 6 subjek utama iaitu:
    1. Falsafah Pendidikan Islam
    2. Kurikulum dan Metodologi
    3. Sumber-Sumber Pendidikan Islam
    4. Sejarah dan Tamadun Islam
    5. Isu-Isu Pendidikan Islam
    6. Tesis dan Penyelidikan yang telah dilaksanakan berkait dengan Pendidikan Islam.

    Sasaran utama laman ini tertumpu kepada tahap pemikiran mahasiswa khususnya pelajar-pelajar Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun demikian pelatih-pelatih perguruan dan mereka yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam hinggalah kepada pihak penggubal dasar Pendidikan Islam di Malaysia boleh juga melawat laman ini untuk mendapatkan maklumat Laman ini diharap akan dapat menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, mahasiswa dan pelatih Pendidikan Islam.

    Laman ini juga sesuai untuk rujukan mereka yang ingin mendalami dan mencungkil idea dan maklumat-maklumat berkaitan dengan Pendidikan Islam. Penggubal dasar juga boleh melawat laman ini untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perancangan dasar Pendidikan Islam di Malaysia. Anda dijemput untuk memberi idea dan pendapat untuk tatapan semua.
    Selamat maju jaya..

  • http://www.bpi.edu.my/

    Pengenalan Web:

    Laman web ini merupakan satu daripada web-web yang diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Web ini disediakan untuk memberi makluman dan perkembangan 'Bahagian Pendidikan Islam' (sekarang sudah bertukar kepada JAPIM iaitu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) , di Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Antara aspek-aspek yang diuruskan oleh JAPIM ialah Dasar Pendidikan Islam, Dasar Bahasa Arab, Kurikulum Pendidikan Islam dan Kurikulum Bahasa Arab.

    Dalam web ini, dinyatakan objektif, fungsi dan perkembangan beberapa bahagian pengurusan yang bertanggungjawab menyelia pendidikan islam di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Bahagian pengurusan tersebut termasuklah :
    1. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam 2. Bahagian Dakawah dan Kepimpinan. 3. Bahagian Khidmat dan Pengurusan.

    Pengenalan :
    JAPIM ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ). BPI pada awalnya ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

    Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ) sehingga kini..

  • Pengenalan Blog

    Tujuan Blog :
    Menyebarkan maklumat dan perkembangan mengenai pembelajaran dan pengajaran dalam bidang pendidikan, terutamanya pendidikan islam dan bahasa arab.

    Objektif Maklumat Yang Ingin Disampaikan:
    Mendedahkan keperluan-keperluan dalam bidang pendidikan yang mengkhusus pada pendidikan islam dan bahasa arab dan perkembangan semasa mengenai kedua-dua matapelajaran tersebut menurut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Sasaran Blog:
    Kepada guru-guru yang mengkhusus dalam bidang pendidikan islam dan sebahagiannya ada ditujukan kepada guru-guru bahasa arab.

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.ca is not responsible for the content of this website.